FOLLOW EKIN IN INSTAGRAM

Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee




HARGA PASARAN  : RM115.00
HARGA PROMOSI : RM88.00


KEBAIKKAN VITAMIN C SHAKLEE


Assalamualaikum semua :) Entri kali ini ekin nak share mengenai Vitamin C Shaklee Untuk Cantik Dan Sihat . Famous betul Vitamin C, sebab seingat ekin sebelum ekin kenal mana-mana vitamin lain yang ada dalam dunia ni. Mule-mule memang akak berkenalan dengan Vitamin C dulu. Banyak sumber Vitamin C yang kite boleh dapatkan dari sumber makanan kita.

Tapi untuk entri ini ekin nak fokus pada Vitamin C Shaklee atau nama penuhnya. Ini la produk Shaklee pertama yang ekin gune. Sebenarnya macam-macam jenama Vitamin C yang pernah ekin pernah gune tapi tak best macam Vitamin C Shaklee. Apa yang best sangat tu nanti ekin explain detail. Kalau ada malam tu ekin rase macam nak demam, ekin akan telan Vitamin C Shaklee 2 biji, memang esoknya tak jadi nak demam.



Atau kalau memang ekin demam atau selsema ekin akan ambil Vitamin C Shaklee ni lebih banyak, cepat kebah demam ekin. Kalau kawan ekin, member office yang memang pengguna tegar katanya mereka makan Vitamin C Shaklee ni bagus sebab dah jarang demam, kalau tak setiap bulan mesti demam atau selsema atau batuk.

Ha itu cuma sebahagian kecil testimoni dari orang sekeliling ekin. Memang ada setengah-setengah orang tu yang tiap-tiap bulan wajib mc, kene hujan sikit esoknye mc. Kesian jugak dengan orang-orang macam ni dan lagi  ramai yang cari Vitamin C Shaklee ni jugak untuk cantikkan kulit diorang. Nak kulit lebih cerah, nak kurangkan jerawat, pudarkan parut jerawat, nak awet muda dan macam-macam lagi. Orang perempuan memang sanggup berhabis duit ribu-ribu asalkan cantik, asalkan tetap nampak remaja.


Walaupun cara yang mereka guna tu berisiko, semua tu tolak tepi janji lawa dan yang paling penting jugak semua pun nak cepat instant gitu. Ekin share satu cara yang mudah, murah dan selamat untuk cantik dan sihat. Tapi sebelum tu nak share jugak 1 video tentang manfaat Vitamin C kepada badan kita, enjoy!


Vitamin C atau nama saintifiknye asid ascorbic merupakan vitamin larut air. Badan kite tidak boleh menghasilkan Vitamin C maka kita wajib mendapatkannya dari makanan kita. Sumber yang kaya dengan Vitamin C tentunya buah-buahan dan sayur-sayuran.


Ok sekarang jom kita berkenalan dengan Vitamin C Shaklee atau nama sebenarnya Sustained Release Vita C. Macammana boleh ada 'sustained release' gitu, ini tak lain tak bukan untuk kite mendapat manfaat Vitamin C itu secara maksima, jadi kuranglah pembaziran (Vitamin C yang tidak diserap dibuang melalui air kencing)

So Shaklee design teknologi 'Sustained Release' atau Sains Pembebasan Berterusan Secara Semulajadi. 1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren. Setiap satu jam 1.5 biji oren bersamaan 100 mg Vitamin C akan dilepaskan diusus kite so 1 tablet mengambil masa 5 jam untuk diserap oleh usus kita. Canggihhh. Selain Vitamin C, setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavanoid (25% bioflavanoid diekstrak dari kulit buah.

Vitamin C Complex berfungsi :


meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam bada
melegakan inflamasi
menentang jangkitan  bacteria dan radikal bebas

KEBAIKKAN VITAMIN C SHAKLEE


Membentuk Kolagen :


Vitamin C akan membantu merangsang pembentukan kolagen, sebab tu bile kita ambil suplemen kolagen, kene cek disertakan sekali tak Vitamin C dalam suplemen kolagen tu. Sebab kalau tiada maka kurang berkesanlah suplemen kolagen yang anda beli tu..huhu.

untuk stay firm kolagen need a lot of Vitamin C. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Maka ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.


Mengurangkan Simptom Pendarahan :

Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam

Meningkatkan Sistem Imun Badan :

Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik.

Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Menguatkan sistem imun     
    
Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit.

Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.

Terdapat bukti yang menyatakan pengambilan Vitamin C untuk mengatasi masalah batuk dan selsema mampu mengurangkan simptom sakit yang lebih serius seperti pneumonia dan jangkitan paru-paru

Memerangi Kanser :

Vitamin C merupakan satu-satunya antioksida yang berkuasa meningkatkan
interferon semulajadi badan.  

Merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser

Membuang bahan kimia berbahaya dari badan kita dengan berkesan.

Menghapuskan radikal bebas seperti sisa toksik bahan kimia  
dan pencemaran asap rokok sebelum ianya menyerang sel-sel kita.
Radikal bebas boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti
kanser, sakit jantung dan artritis

Mencantikkan Kulit :

Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu
menjadikan kulit kita lebih cerah.  

Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen :

Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah
dengan mengambil Vitamin C setiap hari!

Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, kajian tersebut menguji kaitan antara pengambilan nutrien dengan proses penuaan pada 4025 wanita yang berusia dari 40-74 tahun. Kajian tersebut menunjukkan pengambilan Vitamin C yang tinggi mampu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit. Kulit juga kelihatan lebih baik.

Mengurangkan Insomnia :

Mampu memperbaiki insomnia dan tekanan berkaitan mental seperti keresahan.


Tekanan :

Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana tekanan - masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.


Vitamin C  sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu tertekan memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.


Mengekalkan Kolestrol Sihat :

Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.  Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee 


❤ Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
❤ Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat
dan lingkaran gelap di bawah mata
❤ Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan
juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
❤ Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
❤ Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
❤ Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan
mencegah aterosklerosis.
❤ Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka,
dan pengeluaran hormon antistress.
❤ Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin
semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa
selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
❤ Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu
mencegah penuaan pra-matang.
❤ Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak
berbahaya.
❤ Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal
bebas.
❤ Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih - berguna dalam rawatan
anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel
darah merah.
❤ Merawat jangkitan saluran kencing.
❤ Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Kenapa saya beriya-iya mengesyorkan Sustained Release Vitamin C Shaklee kepada uols?

vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.

Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.

Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.


Orang kata bukan saya kata tau. "Vitamin ni untuk orang sihat sahaja. Kalau sakit makanlah ubat. Sebelum sakit jagalah sebaik mungkin kesihatan kita. Kesihatan yang sihat adalah nikmat yang patut kita hargai."

*****
Hubungi ekin untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk shaklee, proses pendaftran keahlian shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk shaklee.

*****
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1262935]
SMS / WHATSAPP :  011 - 10977847
FB Page : Nur Shikin 
Website Page : fellashaklee.blogspot.my
Instagram Page: shakleebyshikin
Twiter Page:Shaklee.By.Shikin
*****
Nak sertai "Keluarga Shaklee" saya 
untuk jana pendapatan lumayan dalam bisnes shaklee?


"Terima kasih kerana mendapatkan produk shaklee daripada ekin. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar shaklee ( ahli shaklee ) anda boleh menghubungi ekin untuk ekin bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID shaklee ekin 1262935 dan anda akan diberi bimbingan dari ekin"

TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :) Nor Hasikin Binti Hanafiah

No comments:

Post a Comment